Saturday 9 July 2011

aku cinta, aku rindu...tapi aku manusia biasa....

aku cinta dan aku merinduinya… alangkah indah jikalau aku ini pengawal masa.. pasti aku kembalikan zaman cinta aku yang aku masih merasai walaupom kehilangannya… tapi apakan daya.. aku sekadar manusia biasa yang ku serahkan hidup dan matiku padaNya.. apakah cinta sebenarnya… apakah rasa rindu… kerana kite teringat akan sesorang adakah itu dinamakan rindu.. atau sekadar nafsu… entahla… kata org cinta itu indah, memang indah.. dan aku merasai keindahanya.. dan ada pula yg berkata cinta itu menyakitkan… betul juga.. aku pom pernah rasainya… tapi mane 1 nak pilih.. cinta yg indah atau cinta yang menyakitkan… ?? tak usah bertanya hendak yang mana tapi jikalau kamu merasai cinta maka kamu akan mendapat keduanya.. jikalau hanya mendapat 1 sahaja bermakna cinta mu tu sebelah tangan… apakah aku mengarut ni…. tapi fikirlah… sedangkah lidah boleh tergigit.. inikan hidup berdua..
nak jadikan cinta itu indah.. kamu la yang membuatnya.. nak jadikan cinta itu sakit kamu juga yang buatnya… tapi camane..?? belajarla dari peristiwa.. kerana peristiwa adalah guru kepada kehidupan… fikirkan ape yag terjadi dan fikirkan kenapa ia terjadi…
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
- Surah Al-Baqarah ayat 216